Tuesday 22 November 2016

BENTUK-BENTUK BACAAN AL-QURAN




BENTUK-BENTUK BACAAN AL-QURAN



Setiap bacaan al-quran tidak terpisah daripada rentak dan kelajuan persembahannya. Terdapat EMPAT rentak atau bentuk- bentuk bacaan al-quran: 








TARTIL


Bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat

Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum Tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan, berdasarkan firman Allah s.w.t : 





وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلا


Ertinya : Telah Kami (Allah) membacakannya (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) secara Tartil. ( Al-Furqan : 32).


Allah memerintahkan kita agar kita membaca al-Quran dengan tartil,



وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيلا

Ertinya : Dan bacalah al-Qur’an itu dengan tartil. 
(Al-Muzammil: 4)






Berikut beberapa keterangan sahabat tentang MAKNA TARTIL

  •  Ali bin Abi Thalib menjelaskan makna tartil dalam ayat,
تَجْوِيْدُ اْلحُرُوْفِ وَ مَعْرِفَةُ اْلوُقُوْفِ


”Mentajwidkan huruf-hurufnya dengan mengetahui tempat-tempat berhentinya”. 
(Syarh Mandhumah Al-Jazariyah, hlm. 13)


  •  Ibnu Abbas mengatakan,


 بينه تبييناً 

 Dibaca dengan jelas setiap hurufnya.


  • Abu Ishaq mengatakan,

والتبيين لا يتم بأن يعجل في القرآة، وإنما يتم التبيين بأن يُبيِّن جميع الحروف 
ويوفيها حقها من الإشباع


Membaca dengan jelas tidak mungkin bisa dilakukan jika membacanya terburu-buru. Membaca dengan jelas hanya bisa dilakukan jika dia menyebut semua huruf, dan memenuhi cara pembacaan huruf dengan benar. 

(Lisan al-Arab, 11/265).


Inti tartil dalam membaca adalah membacanya pelan-pelan, jelas setiap hurufnya, tanpa berlebihan. (Kitab al-Adab, as-Syalhub, hlm. 12)


  • Cara Ibnu Mas’ud Membaca al-Quran

Abu Bakr dan Umar Radhiyallahu ‘anhuma pernah menyampaikan kabar gembira kepada Ibnu Mas’ud, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,




مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآنَ غَضاًّ كَمَا أُنْزِلَ فَلْيَقْرَأَهُ عَلَى قِرَاءَةِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ

Siapa yang ingin membaca al-Quran dengan pelan sebagaimana ketika dia diturunkan, hendaknya dia membacanya sebagaimana cara membacanya Ibnu Mas’ud. 
(HR. Ahmad 36, dan Ibnu Hibban 7066).

Hadis ini menunjukkan keistimewaan bacaan al-Quran Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu. Karena bacaannya sama dengan ketika al-Quran di turunkan. Beliau membacanya dengan cara ‘ghaddan’ artinya segar yang belum berubah. Maksudnya suaranya menyentuh (as-Shaut an-Nafidz) dan memenuhi semua hak hurufnya.

Kerana itulah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam suka mendengar bacaan Ibnu Mas’ud, bahkan sehingga beliau menangis.


Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu bercerita, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyuruhnya untuk membaca al-Quran,


“Bacakan al-Quran!” Pinta Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.


“Ya Rasulullah, apakah akan membacakan al-Quran di hadapan anda padahal al-Quran turun kepada anda?” tanya Ibnu Mas’ud.


“Ya, bacakan.”


Kemudian Ibnu Mas’ud membaca surat an-Nisa, hingga ketika sampai di ayat,





فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا

Bagaimanakah jika Aku datangkan saksi untuk setiap umat, Aku datangkan kamu sebagai saksi bagi mereka semua.

Tiba-tiba Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam minta agar bacaan dihentikan.

Ibnu Mas’ud melihat ke arahnya, ternyata air mata beliau berlinangan. (HR. Bukhari 5050 & Muslim 1905). 





TAHQIQ

Tahqiq ialah bacaan lembut dan perlahan. Bentuk bacaan ini sesuai digunakan pada peringkat pemulaan bagi mereka yang baru mempelajari al-quran. Bacaan seperti ini bertujuan melatih lidah menyebut makhraj dan sifat huruf dengan betul. 

Bentuk ini biasanya diamalkan oleh pengikut-pengikut qiraat Imam Hamzah dan Imam Nafi’ (Warsh).

وهو مثل الترتيل إلا أنه أكثر منه اطمئنانا.

Ertinya: Membaca seperti Tartil tetapi lebih tenang dan lambat.






TADHIR/HADR


Hadar ialah bacaan cepat serta memelihara hukum-hukum tajwid. Pergerakan bacaan ini lebih laju daripada rentak bacaan tadwir. Bacaan seperti ini sesuai untuk ulangkaji hafazan oleh para hafiz. Bentuk ini biasanya diamalkan oleh imam Ibnu Amir dan Kisai.

وهو الإسراع في القراءة مع مراعات الأحكام.

  Ertinya: Membaca dengan cepat tetapi masih menjaga hukum- hukumnya.







TADWIR


Tadwir ialah bacaan pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadr serta memelihara hukum-hukum tajwid. Bacaan seperti ini sesuai untuk tasmi' hafazan untuk ujian tahfiz. Bentuk ini biasanya di amalkan oleh qiraat Imam Ibnu Kathir dan Imam Abu 'Amru.
 
وهو مرتبة متوسطة بين الترتيل والحدر.
Ertinya: Tingkat pertengahan antara Tartil dan Hadr.


Berkata Ibnu Jazari dalam ayyibah:

ويقرأ القرءان بالتحقيق مع * حدر وتدوير وكل متبع
مع حسن صوت بلحون العرب * مرتلا مجودا بالعربى

Ertinya: Harus al-Quran itu dibaca dengan 3 jenis bacaan Tahqiq, Hadar, Tadwir. Membaca al-Quran dengan suara yang elok, dengan lagu arab secara tartil dan bertajwid dan dengan bahasa arab.







Terdapat dua bentuk bacaan yang haram ketika membaca ayat suci al-Quran :

1) ZAMZAMIAH 


Bentuk bacaan yang sangat laju dan tidak menjaga tajwid seperti digunakan dalam jampi atau seperti yang diamalkan oleh imam-imam ketika solat terawih yang berlumba-lumba menamatkan solat dengan pantas, atau ketika bertadarus dengan laju. Kesemua bacaan ini tidak dijaga hukum-hukum tajwid, makhraj dan sifat huruf maka haram diguna pakai ketika membaca ayat suci al-Quran.


2) TAMT`IT 


Bentuk bacaan yang menggunakan rentak yang sangat perlahan sehingga memanjangkan huruf-huruf bukan mad.




0 comments:

Post a Comment